

2hb Julai 2008 - Seramai 4 peserta dari SK Lubok Kelubi telah menyertai Karnival olahraga mini olimpik yang berlangsung di Stadium MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.Peserta dikehendaki bertarung dalam 4 acara iaitu lari pecut 60M, Lompat pagar 60M, Lompat jauh dan Lontar Peluru. Alhamdulillah adik Mohd haikal hakimi dari tahun 4 telah mendapat tempat ke 7 daripada 10 yang terbaik.Sebanyak 41 buah sekolah telah menyertai kejohanan ini. |