DAH SELAMAT POSTING - SELAMAT MENGAJAR DI SEKOLAH MASING-MASING
SINARAN BINTANG SKLK
Adik Nasriq Nazari terpilih mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan Bola Sepak Bawah 12 tahun di KB Kelantan
MUSTIKA HADITH
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu Baginda pun bersabda, "aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa lah Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar), dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." - HR Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi
MUTIARA KATA
Ukhuwwah bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir...tetapi terletak pada ingatannya terhadap saudaranya di dalam doanya ( Al-Imam Al-Ghazali )
MAKMAL ICT SK LUBOK KELUBI : SYILING NAK RUNTUH TAPI MASIH BELUM ADA TINDAKAN
Tuesday, October 20, 2009
Baldi untuk menadah titisan air dari syiling
Beginilah keadaan syiling yang buruk di makan air
Tunggu masa sahaja untuk runtuh
Bahaya !!!!
Pandangan keseluruhan keadaan syiling..
Beginilah keadaan syiling makmal ICT SK Lubok Kelubi yang amat membimbangkan. Dikhabarkan telah dimaklumkan kepada pihak PPD tetapi masih belum diambil tindakan.Pada awal tahun ada pihak kontraktor datang membaiki atap, tetapi masalah ini masih belum berubah.
Diharapkan pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera supaya kejadian buruk tidak akan berlaku
Pasukan Futsal L/P SKLK merakamkan gambar kenangan bersama Hjh Zuraidah ( GB ) dan Pn Samsiah ( GPK
Big Bos RIMUP dr kiri : Pn Masirah ( SKDT ) , Hjh Zuraidah ( SKLK ) Pn Kintan ( SKKP )
Dari kiri : aku , YM Raja Amran, Hj Derma
Repair tudung dulu, jap lagi trun la bola tu SKLK VS SKDT
SSTOOOPPP !!...SKKP VS SJKC macam shoulin soccer pun ada jugak..hihi
6/10/2009 -SKLK menjadi tuan rumah pertandingan Futsal sekolah-sekolah RIMUP 2009. 4 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini ( memang 4 sekolah je pun RIMUP ni ) iaitu SKLK, SK Dusun Tua, SJKC Choon Hwa Bt 18 dan SK Kuala Pomsoon.
Pertandingan ini diadakan secara liga satu pusingan dan pasukan yang mendapat mata tertinggi akan menjadi johan. Alhamdulillah SKLK telah menjadi jojan di dalam kedua-dua kategori iaitu kategori lalaki dan perempuan.
Turut memeriahkan suasana pertandingan ialah kehadiran Pengerusi JKKKP Kg Kuala Perdik YM Raja Amran b Raja Ahmad yang dijemput khas untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah serta semua Guru Besar sekolah yang terlibat.
PakSheikh : Syabas Pasukan SKLK dan yang lain cuba lagi tahun hadapan.
Cikgu Mahadir menunjukkan cara yang betul untuk ujian Naik Turun bangku
Dari kiri : Pn Teo ( PPDHL ), Pn Nurul Badar ( PPDHL )dan Pn Che Harison ( JPS )
Ucapan Pn Raja Aziah ( JPS )
Aksi Cikgi Fauzi...Gelek Poco-poco
Peserta tekun mendengar penerangan JU
Cikgu Liza...Ewah-ewah eh..
Seramai 80 orang Guru seluruh daerah Hulu Langat telah mengikuti Bengkel Pembugaran PJPK di Blok E PPD Hulu Langat. Terima kasih kepada pihak JU PJPK Negeri Selangor yang telah mengendalikan bengkel ini dengan jayanya.
Sedikit coretan untuk minggu ini. Aduh !! Sungguh penat dan seronok pun ada juga. Bukan kerana memanjat pokok atau berkebun, tetapi melaksanakan Roadshow Bengkel Pembugaran Mata Pelajaran PJPK di beberapa daerah di Selangor...Selaku Jurulatih Utama PJPK aku di amanahkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Selangor untuk buat kerja ni bersama-sama dengan rakan JU yang lain.
Cikgu Yusni dan Cikgu Radi memang hebat.. kalau pasal panjat pokok memang pakar.
Aksi wira duku langsat dari Sanglang
Tersadai kekenyangan makan buah
Cikgu Saiful..bab makan buah serah kat dia
12/7/2009 - Lain macam pulak tajuk posting kali ni. Bukan diserang oleh apapun cuma diserang oleh 3 orang guru yang 'ketagih' buah manggis, pulasan dan duku langsat...hehehe.Selalu sangat diorang ni mintak buah dan selalu juga lah saya cakap...nak!! datang kebun ambik sendiri, panjat sendiri.Nak saya panjat memang tak larat dah..badan dah berat.
Sekali lagi tahun ini SKLK telah mengadakan Hari Keusahawanan dengan jaya dan meriah. Seperti biasa Para guru dan AJK PIBG bergabung tenaga berniaga pelbagai makanan untuk dinikmati oleh pengunjung.
Tak sangka rupanya ada anak-anak SKLK boleh menari Shuffer.
YB Ismail Sani turut meluangkan masa untuk hadir.
Terima kasih YB kerana sudi menyumbangkan sebuah basikal untuk hadiah utama cabutan bertuah.
Antara aktiviti yang dijalan. Seperti biasa tahun ini rumah puaka memang menjadi tumpuan ramai.Terima kasih diucapkan PDRM dan Pusat kesihatan di atas kesudian membuat pameran a dan juga pemeriksaan kesihatan.
PakSheikh : Takut jugak masuk rumah Puaka kali..ada hantu baru..
NAME:Tahran Nazim B Mohamad Tahir, PJK HOME:Hulu Langat, Selangor, Malaysia ABOUT ME:Dilahirkan di Kg Sg Lui Hulu Langat Selangor.Mula bersekolah di SK Lubok Kelubi, SK Sg Lui dan SK Kuala Kubu Bharu. Kemudian bersekolah menengah di SMKA Maahad Hamidiah Kajang hingga ke Tingkatan 6.Seterusnya ke Maktab Perguruan Batu Rakit K.Terengganu dalam bidang Pendidikan Islam.Mula bertugas di SK Lubok Kelubi dari tahun 1995 hingga sekarang sebagai Guru Pendidikan Islam JAWATAN LAIN: 1.Setiausaha Kokurikulum. 2.Ketua Panitia PJPK PENGLIBATAN LUAR: Jurulatih Utama PJPK Negeri Selangor