DAH SELAMAT POSTING - SELAMAT MENGAJAR DI SEKOLAH MASING-MASING
SINARAN BINTANG SKLK
Adik Nasriq Nazari terpilih mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan Bola Sepak Bawah 12 tahun di KB Kelantan
MUSTIKA HADITH
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu Baginda pun bersabda, "aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa lah Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar), dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." - HR Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi
MUTIARA KATA
Ukhuwwah bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir...tetapi terletak pada ingatannya terhadap saudaranya di dalam doanya ( Al-Imam Al-Ghazali )
20-22 Oktober 2008 - Saya dan beberapa orang rakan JU PJPK Negeri Selangor telah menghadiri kursus pemantapan PJPK di Marina Cove, Lumut. Beberapa perkara telah dapat dibincangkan dalam hal mata pelajaran PJPK. Dimaklumkan kepada guru yang mengajar PJPK sekolah rendah dan khususnya Ketua Panitia PJPK diharap dapat merujuk pekeliling yang telah dihantar berkenaan SEGAK.
Tahun 2007 pihak JPS dan JU telah menganjurkan kursus SEGAK di seluruh daerah di negeri Selangor dan ada sedikit kesilapan berkenaan metronom (detik) dalam ujian bangkit tubi. Dimaklumkan bahawa untuk bangkit tubi, tidak menggunakan metronom. Metronom hanya digunakan untuk ujian naik turun bangku dan ringkuk separa.
Beberapa perancangan juga telah dibuat untuk guru-guru PJPK bagi tahun depan.Pihak JU sedang berusaha untuk memurnikan lagi rancangan tahunan yang selaras dengan buku teks murid.
Baru-baru ini SKLK telah mengadakan program Kem Awal Remaja & Kem Ibadah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Panitia Agama Islam. Kem yang diadakan pada 15 dan 16 Oktober itu telah berlangsung dengan jayanya. Program yang khusus diadakan untuk murid tahun 6 ini adalah bertujuan memberi pendedahan awal kepada mereka tentang persediaan yang harus dilakukan apabila menempuh alam remaja.
Antara pengisian program ialah : 1. Ceramah oleh sekumpulan kakitangan Klinik Kesihatan Batu 14 . 2. Pemantapan Wuduk, Solat, dan Bimbingan Solat Jenazah. * Fasilitator yang terlibat ialah guru-guru tahun 6 dan Guru Pendidikan Islam.
Semoga program ini dapat membentuk sahsiah pelajar ke arah insan cemerlang dari segi rohani dan jasmani.
Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini.
Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter;
Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.
Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.
Penurunan harga minyak itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Dalam kenyataannya, perdana menteri berkata, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September lalu.
"Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya.
Alhamdulillah kita sekarang ini telah masuk ke hari yang ke 14 Syawal. Hari ini saya baru hendak menulis di ruangan posting ini. Mungkin berat sangat agaknya tangan ini akibat melantak ketupat dan rendang...hehehe. Mungkin agaknya, anak2 SKLK banyak duit raya tahun ini. Ha! kalau banyak, jangan gunakan duit tu untuk membeli benda yang tak berfaedah.Gunakan duit itu untuk membeli buku, alat tulis atau lebih baik lagi simpan di dalam tabung atau Bank .
Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang Hari Raya ini. Pengalaman manis dan pahit yang saya hadapi..macam celebriti pulak ye.
Ha! saya cerita pengalaman manis dulu. Yang manisnya di Hari Raya ini.. macam biasalah pegi raya ke rumah saudara mara je..dan yang paling manis tahun ini saya beraya di rumah baru saya.
Pengalaman pahit...ada jugak.....yang pahitnya tahun ini ialah di musim raya ini Kampung saya menhadapi masalah air..serius..beberapa kali terputus bekalan air..hairan jugak macamane boleh berlaku. Yang terbaru pada 11 dan 12 /10/2008. Dari pukul 5 pagi ( Sabtu ) sampai pukul7 petang ( Ahad ) air tiada dirumah..Hari ini berlaku lagi ( 14 /10/ 2008 ).Harap2 tak berpanjanganlah.
Yang sebenarnya saya nak cerita pasal masalah air ni..tak taulah kenapa terjadi begini.Diharap kepada mereka-mereka yang bertanggungjawab dapat mengatasi masalah ini dengan sebaik mungkin. Selangor ni negeri maju, lebih maju dari negeri lain..tapi masih banyak masalah.Kepada kerajaan pantaulah masalah ini.Jangan sibuk sangat dengan politik tu.Masalah rakyat buat dek je.
Nasib baik rumah saya ada paip air bukit..tapi masalahnya pulak air tersebut akan keruh bila hari hujan.Boleh jugaklah buat mandi dan minum. Itulah dia pahit dan manis yang saya hadapi di Hari Raya ini.SALAM SYAWAL
NAME:Tahran Nazim B Mohamad Tahir, PJK HOME:Hulu Langat, Selangor, Malaysia ABOUT ME:Dilahirkan di Kg Sg Lui Hulu Langat Selangor.Mula bersekolah di SK Lubok Kelubi, SK Sg Lui dan SK Kuala Kubu Bharu. Kemudian bersekolah menengah di SMKA Maahad Hamidiah Kajang hingga ke Tingkatan 6.Seterusnya ke Maktab Perguruan Batu Rakit K.Terengganu dalam bidang Pendidikan Islam.Mula bertugas di SK Lubok Kelubi dari tahun 1995 hingga sekarang sebagai Guru Pendidikan Islam JAWATAN LAIN: 1.Setiausaha Kokurikulum. 2.Ketua Panitia PJPK PENGLIBATAN LUAR: Jurulatih Utama PJPK Negeri Selangor