http://sheikhlui.blogspot.com/ View Blog
 
Photobucket

GURU BESAR
Pn Hajjah Zuraidah Bt Hj Shaari
GPK KURIKULUM
Pn Samsiah Bt Ahmad
GPK HEM
Tn Hj Dermawijaya B Mohd Tahir
GPK KOKURIKULUM
Pn Hajjah Yahana Bt Mohd Yusoff
YDP PIBG SKLK
Photobucket
En Hasmi Bin Hamidan
CIKGU KITA
GURU PRAKTIKUM
DAH SELAMAT POSTING - SELAMAT MENGAJAR DI SEKOLAH MASING-MASING
SINARAN BINTANG SKLK
PhotobucketAdik Nasriq Nazari terpilih mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan Bola Sepak Bawah 12 tahun di KB Kelantan
MUSTIKA HADITH
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu Baginda pun bersabda, "aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa lah Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar), dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." - HR Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi
MUTIARA KATA
Ukhuwwah bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir...tetapi terletak pada ingatannya terhadap saudaranya di dalam doanya ( Al-Imam Al-Ghazali )
UPSR
Study hard ok !!!kelas tambahan jangan ponteng
SEMBANG-SEMBANG ILMU

Free chat widget @ ShoutMix
AKTIVITI SEKOLAH MINGGU INI
AKTIVITI LUAR MINGGU INI
BERSAMAMU

TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MENINGGAL DUNIA
Friday, November 28, 2008

28/11/2008, Jumaat - Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Dato' Haji Razali B Ismail meninggal dunia petang tadi, pukul 6.30 petang , di Institut Aminuddin Baki. Beliau juga adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Bersama-sama kita doakan agar dicucuri rahmat ke atas rohnya. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh......Al_FATIHAH
posted by nazims @ 10:03 AM   0 comments
HARI KELUARGA SKLK
Sunday, November 16, 2008




Ahad, 16 November 2008 - Kelab Guru dan Kakitangan SKLK telah mengadakan Hari Keluarga bertempat di Pusat Boling Mines. Bagi memeriahkan suasana, pertandingan boling telah diadakan.Seronok juga melihat kerenah guru SKLK bermain boling.Ada juga yang pertama kali menyentuh bola boling.
posted by nazims @ 10:05 AM   0 comments
TAHNIAH DARIPADA SKLK
Wednesday, November 12, 2008

13 November 2008, Khamis - Keputusan UPSR diumumkan hari ini. Lima orang mendapat 5A, manakala 9 orang mendapat 4A. Tahniah bagi murid yang berjaya.

Pelajar 5A :
1. Afiqah Din Bt Baharuddin
2. Fatinah Bt Omar
3. Faridah Bt Mukhrofun
4. Nur Syahera Ameera Bt Ahmad Hamdan
5. Nur Safirah Bt Abdul Rahman
posted by nazims @ 8:17 PM   0 comments
KLIP VIDEO : "Sajak Kematian"
Tuesday, November 11, 2008
Gempar!! Satu Malaya..kisah klip video "Sajak Kematian" yang dipaparkan kepada murid Tahun 1 dan 2 di salah sebuah sekolah telah menjadi isu yang hangat diperkatakan. Banyak pendapat yang saya dengar terutama daripada rakan-rakan di sekolah dan rakan-rakan di dalam bidang perguruan yang lain.

Nampaknya isu ini telah mula dipolitikkan oleh sesetengah pihak dan sebelum ia merebak dengan lebih parah diharap dapat deselesaikan dengan segera. Teringin juga saya hendak menyampaikan pandangan peribadi tentang hal ini.Isu ini muncul apabila ada ibu bapa yang telah membantah pihak sekolah yang menayangkan Klip video ini kepada anak mereka dan menyebabkan anak mereka mengalami perasaan takut yang saya rasa memang sangat takut.

Pada pandangan saya, jika kita berbalik kepada proses penyampaian ilmu kepada anak2 perlulah mengikut tahap atau sejauh mana kesanggupan minda dan individu itu menerima ilmu tersebut. Berbeza dengan ilmu yang berbentuk keagamaan yang perlu didedahkan kepada anak2 sejak dari ibu mengandung lagi, dan ini memang tidak dapat dinafikan. Anak2 kita sememangnya terdedah kepada pengajaran dan pembelajaran setiap hari sama ada formal atau tidak formal:di sekolah, di rumah atau di persekitaran mereka. Mereka akan belajar dan akan cuba mempraktikkan sesuatu ilmu yang mereka perolehi sama ada fomal atau tidak formal.

Peringkat proses pembelajaran anak2 secara formal( di sekolah ) bermula sejak Pra-sekolah ( 6 tahun ) lagi, dan ada sesetengahnya lebih awal dari itu. Di peringkat ini , anak2 didedahkan dengan P&P yang telah dirangka oleh pihak Kementerian Pelajaran dengan sebaik mungkin.Tetapi perlu diingat bahawa diperingkat inilah anak2 didedahkan beberapa perkara terutamanya hal betapa perlunya ke sekolah dan setiap guru perlu mewujudkan persekitaran sekolah yang menyeronokkan.

Di peringkat sekolah rendah di bahagi 2 tahap iaitu Tahap 1 ( murid tahun 1,2 dan 3 ) dan tahap 2 ( murid tahun 4,5 dan 6 ).Bagi tahap 1, berdasarkan pemerhatian saya di sekolah, setiap guru yang mengajar bagi tahap ini, selain daripada P&P berdasarkan silibus yang telah ditetapkan, guru juga harus menerapkan nilai, yakin diri, seronok belajar, berani, rajin dan pandai berkawan.Di tahap ini jugalah murid lebih banyak bermain sambil belajar atau belajar sambil bermain.Jika dimarah mereka akan menangis, jika diherdik mereka akan merajuk, dan bahaya jika kita menceritakan kepada mereka perkara-perkara yang berkaitan dengan alam ghaib, alam roh atau yang sekaitan dengannya, kerana ditahap ini mereka masih belum boleh menerima dengan sepenuhnya. Jika dilihat dari segi silibus Pendidikan Islam sendiri adalah lebih tertumpu kepada tajuk2 yang berkaitan dengan Sifat Allah, Malaikat, Kisah Nabi Muhammad dan para sahabat dan...( rujuk buku teks ).

Berbeza dengan murid Tahap 2. Diperingkat ini mereka sudah mula menampakkan sedikit kematangan dari segi pemikiran dan menilai sesuatu perkara baik atau buruk.Guru pula banyak tertumpu kepada pelajaran yang berasaskan peperiksaan terutamanya murid tahun 6. Di Tahap ini juga guru bertungkus lumus mengajar bagi mamastikan murid berjaya dalam UPSR di samping memberi motivasi-motivasi yang menjurus ke arah membantu murid berjaya dalam UPSR dan bersedia untuk menempuh alam menengah yang lebih mencabar.

Saya ingin mengambil contoh ( kisah benar ) dari seorang rakan yang mempunyai anak tahun 1 di salah sebuah sekolah di Daerah yang sama. Suatu hari anaknya mengalami kemurungan, sekejap sedih sekejap takut dan kadang-kadang bersendirian di dalam bilik sedang termenung.Apabila ditanya, anaknya menceritakan, ustazah di sekolahnya telah bercerita tentang kematian, apabila kita mati kelak kita akan jadi begini..bla..bla..bla..bla..kalau kita baik...begini..bla..bla...blaa...kalau kita jahat..begini..bla...bla..bla...mungkin penjelasan ustazah itu jelas tetapi apa yang digambarkan oleh anak tersebut berbeza.Nasib baik si bapa bijak menjelaskan keadaan sebenar...dan akhirnya anak itu kembali riang seperti biasa.Cuba fikir jika ibu bapa yang tidak bijak untuk menjelaskan hal sebenarnya.

Jadi kesimpulannya saya rasa..Tayangan Klip Video tersebut tidak salah cuma masih belum sesuai untuk ditayangkan kepada murid tahun 1 atau 2..Jika ditayangkan kepada murid Tahun 6 insyaallah 90 peratus boleh. Dan bagus ditayangkan kepada pelajar menengah..saya rasa klip video tersebut ada ditayangkan bagi sekolah menengah dalam kem2 motivasi mereka, cuma versi mungkin berbeza

Rasanya, bercerita tentang nikmat kubur boleh diterima untuk murid tahap 1

Wallahua'alam...

Jika ada pandangan sila ke ruang komen
posted by nazims @ 5:20 AM   0 comments
KEPUTUSAN UPSR
Saturday, November 8, 2008

Dimaklumkan kepada seluruh warga SKLK, pelajar tahun 6, para ibu bapa, bahawasanya tarikh bagi kita untuk mengetahui keputusan UPSR, seperti yang telah dinyatakan oleh YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein ( Menteri Pelajaran Malaysia ) adalah pada 13 November 2008 ( Hari Khamis ). Insyaallah.
posted by nazims @ 8:09 AM   0 comments
KURSUS JURULATIH UTAMA PJPK
Wednesday, November 5, 2008





2-5/11/2008 : Semalam saya baru pulang dari Kursus Pemantapan PJPK di Cameron Highland. Selama 4 hari 3 malam JU PJPK rendah dan menengah berkampung di Star Regency Hotel & Apartment, bertungkus lumus menyiapkan RPT PJPK yang terkini untuk digunapakai pada tahun 2009.

Selain menyiapkan tugasan yang diberikan, sempat juga berjalan-jalan di sekitar Cameron Highland.Namun begitu, tak sempat juga nak ronda-ronda banyak tempat kerana hujan sentiasa turun sepanjang berada di sana.
posted by nazims @ 4:41 PM   0 comments
KENALI SAYA
Photobucket">

NAME:Tahran Nazim B Mohamad Tahir, PJK
HOME:Hulu Langat, Selangor, Malaysia
ABOUT ME:Dilahirkan di Kg Sg Lui Hulu Langat Selangor.Mula bersekolah di SK Lubok Kelubi, SK Sg Lui dan SK Kuala Kubu Bharu. Kemudian bersekolah menengah di SMKA Maahad Hamidiah Kajang hingga ke Tingkatan 6.Seterusnya ke Maktab Perguruan Batu Rakit K.Terengganu dalam bidang Pendidikan Islam.Mula bertugas di SK Lubok Kelubi dari tahun 1995 hingga sekarang sebagai Guru Pendidikan Islam
JAWATAN LAIN: 1.Setiausaha Kokurikulum. 2.Ketua Panitia PJPK
PENGLIBATAN LUAR: Jurulatih Utama PJPK Negeri Selangor
Photobucket
E-KAMUS
DEMI MASA
TARIKH HARI INI

Free Blog Content

TAKWIM ISLAM
TAHUKAH ANDA ??
Bahawa SKLK terletak di bawah naungan 3 JKKKP/JKKK iaitu Kampung Jawa, Kampung Padang/Lubok Kelubi dan Kg Kuala Perdik !
Previous Post
Archives
RAKAN BLOGGER
RAKAN KAUNSELOR
WEB PENDIDIKAN
WEB SEKOLAH LAIN
AKSES WEB LAIN
AKHBAR KITA
Powered by

BLOGGER

© SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK KELUBI HULU LANGAT SELANGOR Blogspot Template by Isnaini Dot Com