http://sheikhlui.blogspot.com/ View Blog
 
Photobucket

GURU BESAR
Pn Hajjah Zuraidah Bt Hj Shaari
GPK KURIKULUM
Pn Samsiah Bt Ahmad
GPK HEM
Tn Hj Dermawijaya B Mohd Tahir
GPK KOKURIKULUM
Pn Hajjah Yahana Bt Mohd Yusoff
YDP PIBG SKLK
Photobucket
En Hasmi Bin Hamidan
CIKGU KITA
GURU PRAKTIKUM
DAH SELAMAT POSTING - SELAMAT MENGAJAR DI SEKOLAH MASING-MASING
SINARAN BINTANG SKLK
PhotobucketAdik Nasriq Nazari terpilih mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan Bola Sepak Bawah 12 tahun di KB Kelantan
MUSTIKA HADITH
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu Baginda pun bersabda, "aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa lah Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar), dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." - HR Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi
MUTIARA KATA
Ukhuwwah bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir...tetapi terletak pada ingatannya terhadap saudaranya di dalam doanya ( Al-Imam Al-Ghazali )
UPSR
Study hard ok !!!kelas tambahan jangan ponteng
SEMBANG-SEMBANG ILMU

Free chat widget @ ShoutMix
AKTIVITI SEKOLAH MINGGU INI
AKTIVITI LUAR MINGGU INI
BERSAMAMU

Saturday, May 30, 2009
posted by nazims @ 10:48 AM   0 comments
KEMBARA NILAM 2009
Cikgu Yus dan Azraidi JTK..berdebar naik bas
Nak tahu ! Inilah bendera Selangor yang pertama
Inilah peta negeriku yang tercinta SELANGOR
Bergambar beramai-ramai di hadapan Perpustakaan Negeri
Taklimat sebelum program
Syoknya baca buku tepi tasik
Bincang dulu dengan 'driver Bus' sebelum berangkat

27/5/2009 - Nampaknya banyak program yang dijalankan khusus untuk murid bila dekat nak cuti ni. Hari ini, sekumpulan murid seramai 120 orang dibawa ke sekitar Shah Alam bagi mengikuti Program Kembara Nilam.

Destinasi pertama yang ditujui ialah Tasik Shah Alam. Di sana murid dikehendaki membaca buku yang dibawa sendiri oleh PSS. Setiap buku yang di baca hendaklah di catat di dalam buku Nilam.
Setelah hampir dua jam berada di sana, murid-murid dibawa pula ke Muzium Negeri dan perpusatakaan negeri.

Program bermula jam 8.30 pagi ( bertolak ) dan berakhir jam 5.00 ptg ( sampai di sekolah ).

Program anjuran PSS ( Penyelaras : Pn Mazraidah )

Bas : Abang Dolah and the gang.
posted by nazims @ 6:24 AM   0 comments
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2009
Inilah barisan pemimpin akan datang
Cikgu Shima dengan gayanya yang tersendiri
Senang nak jadi pemimpin, tapi susah nak memimpin
kalau takde ilmu
!!
26/5/2009 - Pada tahun ini, setelah beberapa tahun lamanya tidak membuat aktiviti di luar kawasan sekolah, SKLK telah memilih KEM HERBA congkak sebagai tempat bagi menjalankan kursus bagi pengawas-pengawas tahun ini.

Pihak j/kuasa pengawas, disiplin dan Kaunseling bekerjasama dalam menjalankan kursus ini. Antara program yang dijalankan ialah Ceramah oleh pakar motivasi kepimpinan sekolah iaitu kalau bukan siapa lagi, saya sendiri..hehehe.. slot ceramah yang kedua ialah teknik mengacara majlis yang disampaikan oleh pakar pengacara majlis iaitu cikgu Norhasimah.

Kursus yang bermula jam 8.00 pagi itu diakhiri dengan penerangan peraturan sekolah oleh cikgu kamarul.

Pihak SKLK mengucapkan terima kasih kepada Hj Md Nor ( Tuan punya Kem dan juga mantan YDP PIBG SKLK ) kerana memberikan harga istimewa kepada pihak SKLK.
posted by nazims @ 5:29 AM   0 comments
KARNIVAL SUKAN SKLK 2009
Rumah Kuning Juara lagi tahun ini
Tariiiikkk!!Badang Kampung beraksi
Lintas hormat sebelum beraksi
YM Raja Amran menyampaikan hadiah
Dari kiri : En Bakar ( NYDP PIBG ), YS SM Sabri ( OCS ), YM Raja Amran,
En Hasmi ( YDP PIBG
, Pn Zuraidah ( GB )
23/5/2009 - Alhamdulillah pada tahun ini SKLK sekali lagi berjaya melaksanakan Karnival Sukan Tahunan dengan suasana yang meriah dan mendapat 'support' yang baik daripada penduduk setempat.

Karnival Sukan kali ini dirasmikan oleh YM Raja Amran bin Raja Ahmad ( Pengerusi JKKKP Kg kuala Perdik ). Turut hadir memeriahkan suasana ialah kehadiran Yg Setia SM Sabri Ibrahim ( OCS Balai Bt 18 ), YDP PiBG, NYDP dan barisan AJK PIBG.

Seperti biasa pada tahun ini acara yang menjadi tumpuan ialah acara tarik tali terbuka kampung. Pada tahun ini telah berjaya menarik minat 5 pasukan tarik tali berbanding tahun lepas iaitu 2 pasukan sahaja yang bertanding.

Pihak SKLK mengucapkan terima kasih khususnya kepada bekas pelajar dan Belia Kg Kuala Perdik yang turut membantu menjayakan Karnival sukan tahun ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.




posted by nazims @ 4:53 AM   0 comments
Saturday, May 16, 2009

YANG MENGHAFAZ ITU GURU SEJARAH
YANG CAKAP BERBUNGA ITU GURU SASTERA

TERATUR AYATNYA GURU BM
GELAP KULITNYA GURU PJ

SOPAN ORANGNYA GURU PSK
ALIM ORANGNYA GURU AGAMA
PELIK ORANGNYA GURU P.SENI
POWER CAKAPNYA GURU BESAR
TIDAK PEMARAH ORANGNYA GURU KAUNSELING

HEBAT BAHASANYA GURU ETEMS
BANYAK TUISYENNYA GURU BI
BANYAK KLIMNYA GURU SBT
BIJAK KIRA DUIT GURU EKONOMI

Walau siapapun anda....

'SELAMAT HARI GURU'

posted by nazims @ 7:26 AM   0 comments
Tuesday, May 12, 2009
posted by nazims @ 9:37 PM   0 comments
HARI KO-AKADEMIK SAINS ZON CHERAS 2009
Thursday, May 7, 2009
GB ( Kanan sakali )and the Gang
Kak Za ( tengah ) mantan guru SKLK turut hadir
Kaunter pendaftaran sentiasa sibuk di awal pagi
Aksi menarik salah seorang peserta bercerita
kira betul-betul dik
"Aik, jatuh pulak kontek lens aku dalam balang ni"
camane nak kaji ni
Cikgu Nazri sedang memberi penerangan
kepada Saintis Muda Zon Cheras


7/5/2009 - SKLK sekali lagi menjadi tuan rumah HARI KO-AKADEMIK SAINS Peringkat Zon Cheras pada tahun ini. Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat muda atau saintis muda. 2 acara dipertandingkan pada tahun ini iaitu bercerita dan ujian kemahiran.

Bagi acara bercerita, para peserta dikehendaki bercerita perkara-perkara tentang peranan atau fungsi sesuatu benda yang berkaitan dengan sains.Manakala bagi acara ujian kemahiran, para peserta dikehendaki menguji bahan-bahan tertentu dan menjawab soalan yang dikemukan.

Keseluruhannya, pada tahun ini peserta-peserta hebat belaka.

posted by nazims @ 7:32 AM   0 comments
KENALI SAYA
Photobucket">

NAME:Tahran Nazim B Mohamad Tahir, PJK
HOME:Hulu Langat, Selangor, Malaysia
ABOUT ME:Dilahirkan di Kg Sg Lui Hulu Langat Selangor.Mula bersekolah di SK Lubok Kelubi, SK Sg Lui dan SK Kuala Kubu Bharu. Kemudian bersekolah menengah di SMKA Maahad Hamidiah Kajang hingga ke Tingkatan 6.Seterusnya ke Maktab Perguruan Batu Rakit K.Terengganu dalam bidang Pendidikan Islam.Mula bertugas di SK Lubok Kelubi dari tahun 1995 hingga sekarang sebagai Guru Pendidikan Islam
JAWATAN LAIN: 1.Setiausaha Kokurikulum. 2.Ketua Panitia PJPK
PENGLIBATAN LUAR: Jurulatih Utama PJPK Negeri Selangor
Photobucket
E-KAMUS
DEMI MASA
TARIKH HARI INI

Free Blog Content

TAKWIM ISLAM
TAHUKAH ANDA ??
Bahawa SKLK terletak di bawah naungan 3 JKKKP/JKKK iaitu Kampung Jawa, Kampung Padang/Lubok Kelubi dan Kg Kuala Perdik !
Previous Post
Archives
RAKAN BLOGGER
RAKAN KAUNSELOR
WEB PENDIDIKAN
WEB SEKOLAH LAIN
AKSES WEB LAIN
AKHBAR KITA
Powered by

BLOGGER

© SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK KELUBI HULU LANGAT SELANGOR Blogspot Template by Isnaini Dot Com