Inilah barisan pemimpin akan datang Cikgu Shima dengan gayanya yang tersendiri Senang nak jadi pemimpin, tapi susah nak memimpin kalau takde ilmu !!26/5/2009 - Pada tahun ini, setelah beberapa tahun lamanya tidak membuat aktiviti di luar kawasan sekolah, SKLK telah memilih KEM HERBA congkak sebagai tempat bagi menjalankan kursus bagi pengawas-pengawas tahun ini.
Pihak j/kuasa pengawas, disiplin dan Kaunseling bekerjasama dalam menjalankan kursus ini. Antara program yang dijalankan ialah Ceramah oleh pakar motivasi kepimpinan sekolah iaitu kalau bukan siapa lagi, saya sendiri..hehehe.. slot ceramah yang kedua ialah teknik mengacara majlis yang disampaikan oleh pakar pengacara majlis iaitu cikgu Norhasimah.
Kursus yang bermula jam 8.00 pagi itu diakhiri dengan penerangan peraturan sekolah oleh cikgu kamarul.
Pihak SKLK mengucapkan terima kasih kepada Hj Md Nor ( Tuan punya Kem dan juga mantan YDP PIBG SKLK ) kerana memberikan harga istimewa kepada pihak SKLK.
|