Rumah Kuning Juara lagi tahun ini Tariiiikkk!!Badang Kampung beraksi Lintas hormat sebelum beraksi YM Raja Amran menyampaikan hadiah Dari kiri : En Bakar ( NYDP PIBG ), YS SM Sabri ( OCS ), YM Raja Amran, En Hasmi ( YDP PIBG, Pn Zuraidah ( GB )23/5/2009 - Alhamdulillah pada tahun ini SKLK sekali lagi berjaya melaksanakan Karnival Sukan Tahunan dengan suasana yang meriah dan mendapat 'support' yang baik daripada penduduk setempat.
Karnival Sukan kali ini dirasmikan oleh YM Raja Amran bin Raja Ahmad ( Pengerusi JKKKP Kg kuala Perdik ). Turut hadir memeriahkan suasana ialah kehadiran Yg Setia SM Sabri Ibrahim ( OCS Balai Bt 18 ), YDP PiBG, NYDP dan barisan AJK PIBG.
Seperti biasa pada tahun ini acara yang menjadi tumpuan ialah acara tarik tali terbuka kampung. Pada tahun ini telah berjaya menarik minat 5 pasukan tarik tali berbanding tahun lepas iaitu 2 pasukan sahaja yang bertanding.
Pihak SKLK mengucapkan terima kasih khususnya kepada bekas pelajar dan Belia Kg Kuala Perdik yang turut membantu menjayakan Karnival sukan tahun ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.
|