Penyokong Selangor Gembira meraikan kemenangan Red Giant Walaupun orang Pahang Cikgu Radi & Cikgu Shaifulturut memberi sokongan kepada pasukan RedGiant Horeeyy..We are the champ!!!Tahniah dan syabas kepada pasukan Selangor di atas kejayaan merangkul piala FA dengan menewaskan pasukan Kelantan ( 4-1 penentuan sepakan penalti ). Sebagai anak jati Selangor saya berbangga di atas kejayaan ini.
Diharap dengan kejayaan ini dapat membakar semangat pemain untuk merangkul pula kejuaraan liga Super dan seterusnya Piala Malaysia. Saya, cikgu Shaifull dan cikgu Radi turut turun ke Stadium bukit Jalil, menyokong habis-habisan pasukan Selangor.
Sepanjang perlawanan, saya perhatikan penyokong bolehlah saya katakan cukup berdisiplin walaupun ada segelintir penyokong melontar objek-objek yang dilarang seperti mercun dan botol air tetapi itu bolehlah dianggap tidak keterlaluan sangat.
Tahniah kepada Amri Yahyah kerana dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Penyokong selangor cemas seketika setelah ketinggalan 0-1. Walaubagaimanapun Selangor berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Amri, sehingga memaksa perlawanan ini ditentukan dengan sepakan penalti.
Bagi saya pujian harus diberikan kepada Hardi Jaafar yang menunjukkan permainan yang mantap sepanjang perlawanan.
Syabas Selangor..............WE R D CHAMPION!!!!!!
|