Baru-baru ini saya dan isteri, mengikuti satu rombongan ke Batam, Indonesia. Rombongan ini dianjurkan oleh sahabat saya DHR ( Dolah, Hamdan, Ramlan ). Teruja juga rasanya..first time saya dan isteri ke sana. Rombongan bertolak dari Langat 20/2/2009 - pukul 11 malam dan sampai di Pasir Gudang pukul 6.00 am.
Selesai solat Subuh di Masjid Pasir Gudang, kami seramai 40 orang bertolak ke Jeti Pasir Gudang dan bersarapan pagi di sana. +-pukul 10.oo pagi kami bertolak ke Batam. Perjalanan ke Batam +- 1 jam 3o minit dengan menaiki feri.
Sampai di Batam kami menaiki Van terus ke Hotel Windsor. Selepas Cekk inn..kami terus shoping sampai ke malam.Shopping sakan kami sepanjang di Batam. Barangan Batam memang murah.Tiada aktiviti lain hanya shoping sahaja. Rasa beruntung kerana duit Rp pun sedang turun 1000 = 30 sen...kira ok la.
Cuma bandarnya sedikit kotor..saya rasa Kajang lebih bersih dari batam..Alam Flora takde di sana..hehehe.
Apapun memang seronok di sana..saya boleh bagi 8 bintang.
Ahad, kami pulang +-12 malam sampai Langat.
|