
3/2/2009 ( Selasa ) - Kejohanan Olahraga Antara Sekolah Zon Cheras bermula hari ini dan akan berakhir pada 5/2/3009. Kejohanan yang diadakan di Stadium Bukit Jalil ini menyaksikan SKLK telah menghantar 12 orang peserta dalam beberapa acara yang dipertandingkan.
Kali ini SKLK hanya menghantar peserta lelaki sahaja. Antara acara yang disertai ialah : 100m, 200m, 80m Lari berpagar, 4 x 100m, 4 x 200m dan lontar peluru.
Cikgu Shaiful Nizam selaku jurulatih olahraga SKLK berkata, "pada tahun ini insyaallah kalau ada rezeki, sekurang2nya kita bawa balik dua atau tiga pingat emas".
Bersamalah kita berdoa agar wira-wira kita berjaya.........SKLK BOLEH !!!!! |