


Antara aksi Nasriq sepanjang perlawanan20/4/2009 ( Isnin ) - Hari ini bermula kejohanan Bola Sepak bawah 12 tahun Peringkat Negeri Selangor. Pada tahun ini Kuala Langat telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi tuan rumah.
Hari ini sempat saya ke SK Sg Lang, Banting bagi menyaksikan perlawanan pertama pasukan Hulu Langat menentang tuan rumah Kuala Langat pada pukul 4.00 petang tadi. Pasukan Hulu Langat kurang bernasib baik pada perlawanan ini, apabila tewas 0-1. Walaubagaimanapun Pasukan Hulu Langat bermain dengan baik. Boleh dikatakan menguasai hampir 60 % permainan.Cuma nasib tidak menyebelahi mereka.
Wira SKLK iaitu adik Nasriq telah diletakkan dalam kesebelasan utama. Beliau bermain di posisi bek kiri.
Esok, mereka akan bertemu pula dengan pasukan Sepang. Kita doakan mereka berjaya.
|