http://sheikhlui.blogspot.com/ View Blog
 
Photobucket

GURU BESAR
Pn Hajjah Zuraidah Bt Hj Shaari
GPK KURIKULUM
Pn Samsiah Bt Ahmad
GPK HEM
Tn Hj Dermawijaya B Mohd Tahir
GPK KOKURIKULUM
Pn Hajjah Yahana Bt Mohd Yusoff
YDP PIBG SKLK
Photobucket
En Hasmi Bin Hamidan
CIKGU KITA
GURU PRAKTIKUM
DAH SELAMAT POSTING - SELAMAT MENGAJAR DI SEKOLAH MASING-MASING
SINARAN BINTANG SKLK
PhotobucketAdik Nasriq Nazari terpilih mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan Bola Sepak Bawah 12 tahun di KB Kelantan
MUSTIKA HADITH
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu Baginda pun bersabda, "aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa lah Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar), dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." - HR Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi
MUTIARA KATA
Ukhuwwah bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir...tetapi terletak pada ingatannya terhadap saudaranya di dalam doanya ( Al-Imam Al-Ghazali )
UPSR
Study hard ok !!!kelas tambahan jangan ponteng
SEMBANG-SEMBANG ILMU

Free chat widget @ ShoutMix
AKTIVITI SEKOLAH MINGGU INI
AKTIVITI LUAR MINGGU INI
BERSAMAMU

KELEBIHAN AYAT KURSI
Tuesday, August 19, 2008
SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.
Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid b Thabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya." Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Subhanallah ! Alhamdulillah....
posted by nazims @ 2:40 AM   0 comments
MAHA 2008



19 OGOS 2008 ( Selasa ) - Alhamdulillah sempat juga hari ini saya pergi melawat pameran MAHA 08. Memang menyeronokkan.Tahun lepas tak dapat pergi. Dikesempatan musim cuti sekolah ini, diharapkan para ibubapa dapat membawa anak2 ke pameran tersebut. Banyak perkara yang boleh diperolehi di sana. Kawasan pameran memang sangat luas dan susah untuk kita menghabiskan lawatan ke semua tempat dalam masa satu hari. Saya hanya dapat mengunjungi kawasan sekitar Dewan ABC & D sahaja, lain2 kawasan tahun depan kot. Rupa-rupanya banyak produk yang masih belum kita ketahui, terutama herba2 dan produk makanan keluaran syarikat tertentu di seluruh negara. Apapun memang penat jika berjalan tapi jangan risau ada train disediakan untuk pengunjung bergerak dari satu tempat ke satu tempat...Ayuh anak2 SKLK jom kita ke sana..ajak ibu bapa anda.
posted by nazims @ 1:49 AM   1 comments
SELAMAT BERCUTI
Saturday, August 16, 2008
Selamat bercuti kepada seluruh warga SKLK dari 16 Ogos 2008 hingga 24 Ogos 2008.....kembali ke sekolah pada 25 Ogos 2008....Di harap bercuti sambil membuat aktiviti yang berfaedah
posted by nazims @ 8:47 AM   0 comments
SK LUBOK KELUBI MENDAPAT KAUNSELOR BARU
Sunday, August 3, 2008
4 OGOS 2008 - SK Lubok Kelubi hari ini menerima kehadiran kaunselor baru.Dengan ini saya memaklumkan tugas saya selaku Guru Bimbingan berakhir dan berkuatkuasa pada hari ini juga.Saya akan kembali kepada tugas asal selaku GPI di sekolah.Kepada rakan-rakan kaunselor, saya amat terharu dan amat berterima kasih kepada anda semua kerana telah banyak membantu saya dalam hal2 berkaitan kaunseling.Walaubagaimanapun, saya masih dan akan terus aktif dalam bloggering bagi tujuan untuk menyampaikan maklumat sekolah.SALAM semua.
posted by nazims @ 7:10 PM   0 comments
CIKGU RAHIM HASSAN PULANG KE RAHMATULLAH
Saturday, August 2, 2008
Al-Fatihah....untuk Al-Marhum Cikgu Rahim Hassan. Cikgu Rahim pernah bertugas di SKLK dan seterusnya pernah menjadi Guru Besar di SK Sungai Lui.Beliau banyak menabur bakti di SKLK ini. Seorang yang peramah dan sentiasa komited dalam menjalankan tugas.Beliau selamat dikebumikan pada 25/7/2008 ( Jumaat ).Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya.
posted by nazims @ 6:55 PM   0 comments
SELAMAT BERSALIN
Alhamdulillah.. tiga orang guru SKLK selamat bersalin iaitu Cikgu Jamilah Harun, Cikgu Intan Salwa dan Cikgu Jamilah Salwi.Ketiga-tiga mereka dalam keadaan sihat begitu juga dengan anak yang dilahirkan.....SELAMAT BERCUTI untuk anda bertiga.
posted by nazims @ 6:51 PM   0 comments
SKLK MENERIMA EMPAT ORANG GURU PELATIH DARI IPIS
Empat orang guru pelatih dari IPIS ( Institut perguruan Islam Selangor, Bangi ) akan menjalani praktikum di SKLK sehingga 29 September 2008. Diucapkan selamat menjalani praktikum di SKLK.
posted by nazims @ 6:46 PM   0 comments
KENALI SAYA
Photobucket">

NAME:Tahran Nazim B Mohamad Tahir, PJK
HOME:Hulu Langat, Selangor, Malaysia
ABOUT ME:Dilahirkan di Kg Sg Lui Hulu Langat Selangor.Mula bersekolah di SK Lubok Kelubi, SK Sg Lui dan SK Kuala Kubu Bharu. Kemudian bersekolah menengah di SMKA Maahad Hamidiah Kajang hingga ke Tingkatan 6.Seterusnya ke Maktab Perguruan Batu Rakit K.Terengganu dalam bidang Pendidikan Islam.Mula bertugas di SK Lubok Kelubi dari tahun 1995 hingga sekarang sebagai Guru Pendidikan Islam
JAWATAN LAIN: 1.Setiausaha Kokurikulum. 2.Ketua Panitia PJPK
PENGLIBATAN LUAR: Jurulatih Utama PJPK Negeri Selangor
Photobucket
E-KAMUS
DEMI MASA
TARIKH HARI INI

Free Blog Content

TAKWIM ISLAM
TAHUKAH ANDA ??
Bahawa SKLK terletak di bawah naungan 3 JKKKP/JKKK iaitu Kampung Jawa, Kampung Padang/Lubok Kelubi dan Kg Kuala Perdik !
Previous Post
Archives
RAKAN BLOGGER
RAKAN KAUNSELOR
WEB PENDIDIKAN
WEB SEKOLAH LAIN
AKSES WEB LAIN
AKHBAR KITA
Powered by

BLOGGER

© SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK KELUBI HULU LANGAT SELANGOR Blogspot Template by Isnaini Dot Com