http://sheikhlui.blogspot.com/ View Blog
 
Photobucket

GURU BESAR
Pn Hajjah Zuraidah Bt Hj Shaari
GPK KURIKULUM
Pn Samsiah Bt Ahmad
GPK HEM
Tn Hj Dermawijaya B Mohd Tahir
GPK KOKURIKULUM
Pn Hajjah Yahana Bt Mohd Yusoff
YDP PIBG SKLK
Photobucket
En Hasmi Bin Hamidan
CIKGU KITA
GURU PRAKTIKUM
DAH SELAMAT POSTING - SELAMAT MENGAJAR DI SEKOLAH MASING-MASING
SINARAN BINTANG SKLK
PhotobucketAdik Nasriq Nazari terpilih mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan Bola Sepak Bawah 12 tahun di KB Kelantan
MUSTIKA HADITH
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu Baginda pun bersabda, "aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa lah Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar), dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." - HR Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi
MUTIARA KATA
Ukhuwwah bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir...tetapi terletak pada ingatannya terhadap saudaranya di dalam doanya ( Al-Imam Al-Ghazali )
UPSR
Study hard ok !!!kelas tambahan jangan ponteng
SEMBANG-SEMBANG ILMU

Free chat widget @ ShoutMix
AKTIVITI SEKOLAH MINGGU INI
AKTIVITI LUAR MINGGU INI
BERSAMAMU

SUMBANGAN HARI RAYA
Monday, September 29, 2008




27 September 2008 - Hari ini sempat saya dan beberapa orang rakan mengikuti satu program bersama YB Ismail Sani ( ADUN Dusun Tua ) dan isteri Pn Normala Mansur, iaitu Program Penyampaian Sumbangan oleh beliau kepada beberapa orang warga tua yang kurang sihat di Kampung saya. YB Ismail menyampaikan sumbangan duit raya serta beras dan minyak masak kepada warga tua ini.

Dikhabarkan, mereka yang menerima sumbangan ini adalah terdiri daripada warga tua yang sudah berumur dalam lingkungan +- 70 -80 tahun.Ada di antara mereka ini sudah tidak boleh berjalan dengan sempurna dan menghadapi masalah kesihatan.

Terima kasih YB Ismail Sani. Semoga usaha murni ini akan diteruskan dari masa ke semasa.
posted by nazims @ 9:33 AM   0 comments
SALAM AIDIL FITRI
Thursday, September 25, 2008
posted by nazims @ 11:38 AM   0 comments
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Wednesday, September 24, 2008





25 September 2008 / 25 Ramadhan 1429H - PANITIA AGAMA ISLAM SKLK telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran peringkat Sekolah 2008. Majlis dimulakan dengan Bacaan ayat suci Al-Quran oleh Adik Mohd Bukhari B Hj Radzuan, Ucapan GB dan seterusnya Bacaan Khatam oleh murid yang dipilih dan tahlil pimpinan Ustaz Hafiz Shahar. Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan duit raya oleh GB kepada anak yatim dan miskin SKLK dan penyampaian cenderahati kenang-kenangan oleh 4 orang guru praktikum kepada pihak sekolah.

Tahniah kepada Panitia Agama Islam kerana telah menganjurkan Majlis ini dengan jayanya. Semoga aktiviti mulia ini berterusan sepanjang zaman.
posted by nazims @ 8:45 PM   0 comments
MALAM LAILATUL QADAR
Sunday, September 21, 2008
Mencari Lailatul Qadar
Datuk Dr. Abdul Monir Bin Yaacob
Ketua Pengarah IKIM

00/00/0000 | Artikel Bahasa Malaysia

(Makalah ini menurunkan pendapat beberapa ulaam dipetik daripada beberapa kitab tafsir tentang Lailatul Qadar)

Terdapat perbezaan pendapat tentang status surah al-Qadr samada Makkiyyah atau Madniyyah. Ada pendapat menyatakan ia adalah surah pertama diturunkan di Madinah. Dalam kitab al-Itqan memilih pendapat yang menyatakan ia adalah makkiyyah. Maksud diturunkan adalah untuk menzahirkan al-Quran dari alam ghaib kepada dunia syahadah.

Dalam surah al-Qadr menegaskan bahawa al-Quran telah diturunkan dari Luh Mahfuz atau dari langit yang tertinggi (Jami al-Bayan, J. 15, hlm. 258) ke langit dunia iaitu Baitul Izzah pada malam Lailatul Qadar (Ruh al-Maani, J. 10, hlm. 198). Ini ditegaskan lagi dengan sebuah hadis daripada Ibn Abbas yang menyatakan bahawa al-Quran diturunkan kesemua sekali pada malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan ke langit dunia (Jami al-Bayan, J. 15, hlm. 258).

Menurut Hamka, Lailatul Qadar memberi dua maksud, pertama; kemuliaan kerana setengah dari erti qadr itu ialah kemuliaan; kedua bermaksud penentuan kerana pada waktu itulah mulai ditentukan langkah yang akan ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w didalam memberi pertunjuk kepada umat manusia. Kalau dipakai erti kemuliaan, maka mulai pada malam itulah kemuliaan tertinggi dianugerahkan kepada nabi Muhammad s.a.w kerana itulah permulaan Malaikat Jibril menyatakan dirinya dihadapan baginda didalam gua Hira. Pada malam itu perikemanusiaan diberi kemuliaan dikeluarkan dari zulumat/kegelapan kepada nur/cahaya petunjuk Allah.

Jika diberi erti penentuan bermaksud dimalam itu dimulai menentukan garis pemisah diantara kufur dengan iman, jahiliyah dengan Islam, syirik dengan tauhid. Dan penjelasan tersebut menunjukkan bahawa malam itu adalah malam yang istimewa berbanding dari segala malam (Hamka, J. 10, hlm. 8068). Malam yang membawa lembaran baru, turun wahyu ke dunia setelah terputus sekian lama.

Terdapat beberapa pendapat tentang peristiwa Lailatul Qadar samada ia berlaku sekali atau datang pada setiap Ramadhan. Menurut Ibn Umar, Lailatul Qadar berlaku pada setiap Ramadhan (Jami al-Bayan, hlm. 209). Pendapat yang lain dari setengah ulama ada menyatakan Lailatul Qadar berlaku sekali sahaja iaitu ketika al-Quran mulai diturunkan pertama kali. Adapun Lailatul Qadar yang kita peringati dan berusaha memperbanyakkan amal ibadat pada malam-malam di bulan Ramadhan adalah untuk memperteguh ingatan kita kepada peristiwa turunnya al-Quran. Kita hidupkan malam itu dengan mengambil berkat dan memperbanyakkan syukur kepada Allah s.w.t. Berdiri mengerjakan terawih dan qiamullail di bulan Ramadhan adalah bertepatan dengan malam turunnya al-Quran (Hamka, hlm. 8071).

Menurut Syeikh Yusuf Amrullah, bapa Hamka, berpegang dengan pendapat al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan bahawa Lailatul Qadar yang sebenar hanya sekali iaitu malam mula-mula al-Quran diturunkan. Yang kita buat amal ibadat didalam bulan puasa adalah mengingati Lailatul Qadar itu ialah memperingati dan memuliakan malam al-Quran diturunkan. Kita ingati setiap tahun agar kita bertambah teguh memegang segala yang diturunkan Allah didalam al-Quran.

Hari kebesaran dalam Islam banyak yang diperingati dan menjadi amal ibadat seperti berpuasa pada 10 Muharam atau Asyura kerana mengenangkan beberapa kejadian pada Nabi-nabi yang terdahulu pada tarikh tersebut. Begitu juga dalam manasik haji telah dikatikan dengan kejadian zaman lampau seperti Saci antara Bukit Safa dan Marwah, mengenangkan betapa sulitnya Hajar mencari air untuk anaknya, Ismail di lembah yang tidak ada tumbuh-tumbuhan. Kita juga disunatkan melontar Jamrah bagi memperingati perdayaan syaitan kepada nabi Ibrahim kerana akan menyembelih puteranya Ismail atas perintah Allah. Apabila dikaitkan dengan menghidupkan malam Lailatul Qadar dapatlah diambil kesimpulan bahawa kesemua ibadat tersebut mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membesarkan syiar Allah dan menambah taqwa dalam diri.

Terdapat berbagai cerita mengenai tanda malam Lailatul Qadar iaitu dapat disaksikan kejadian yang ganjil-ganjil seperti air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk rukuk ke bumi dan sebagainya. Menurut Hamka semuanya ini adalah perkara yang tidak dapat dipertanggungjawabkan menurut ilmu agama yang sebenarnya.

Terdapat beberapa hadis yang menceritakan tentang berlakunya Lailatul Qadar dan ia tetap berlaku atau berulang pada setiap bulan Ramadhan, cuma tidak dapat dipastikan secara tepat malam yang keberapa ia berlaku.

Perbincangan panjang lebar diantara ahli-ahli Hadis, mengenai dengan malam apakah yang tepat Lailatul Qadar itu berlaku. Dalam kitab Fath al-Basri menurunkan tidak kurang dari 45 qaul tentang malam terjadinya Lailatul Qadar, masing-masing menurut pengalaman dengan catatan Ulama-ulama yang merawikannya, sejak dari malam 1 Ramadhan sampai 29 atau malam 30 Ramadhan. Semuanya dinukilkan oleh as-Syaukani di dalam `Nailul-Autharnya.

Oleh sebab itu dianjurkanlah supaya setiap malam bulan Ramdhan diisikan penuh dengan ibadat. Bagaimanapun terdapat juga riwayat yang kuat menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu ialah pada malam sepuluh yang akhir dari Ramadhan ertinya sejak malam 21, kerana sejak malam 21 itu nabi s.a.w lebih memperkuat ibadatnya daripada malam-malam yang sebelumnya sampai beliau bangunkan kaum keluarganya yang tertidur.

Abdullah bin Mas`ud dan asy-Sya`bi dan al-Hasan dan Qatadah berpendapat bahawa malam itu ialah malam 24 Ramadhan. Alasan mereka ialah kerana ada hadis yang menyatakan bahawa al-Quran diturunkan pada 24 Ramadhan.

Satu riwayat lagi menyatakan jatuhnya ialah pada 17 Ramadhan. Orang yang berpegang pada 17 Ramadhan ini mengambil istimbath daripada ayat 41 dari surah an-Anfal kerana di sana tersebut bermaksud;

"dan apa yang Kami turunkan kepada Hamba Kami pada Pemisahan hari bertemu dua golongan"

`Hari bertemu dua golongan ialah dalam peperangan Badar, pada 17 Ramadhan sedang `hari pemisahan ialah hari turunnya al-Quran yang pertama yang disebut juga malam yang diberi berkat sebagaimana tersebut didalam surah 44 ad-Dukhan. Maka oleh kerana berhadapan dua golongan di Perang Badar itu, golongan Islam dan golongan Musyrikin terjadi pada 17 Ramadhan, mereka menguatkan bahawa Lailatul Qadar mulai turunnya al-Quran di gua Hira ialah 17 Ramadhan pula meskipun jarak waktunya adalah 15 tahun.

Banyak hadis-hadis yang menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam yang ganjil sepuluh terakhir dalam bulan Ramadhan (Ruh al-Maani, hlm. 191), dan ada pendapat hadis yang menetapkan pada malam 27.

Ada diceritakan terdapat dikalangan sahabat Rasulullah merasa hairan dengan cerita seorang lelaki dari bani Israel beribadat sepanjang malam kemudian berjihad menentang musuh diwaktu siang dan melakukannya selama seribu bulan. Dalam cerita lain menyatakan seramai empat orang dari bani Israel beribadat kepada Tuhan selama delapan puluh tahun dan mereka tidak melakukan maksiat atau keingkaran. Datang Jibrail kepada nabi bertanyakan samada umatnya hairan dengan ibadat mereka itu. Allah telah menurunkan yang lebih baik dari itu, lalu dibaca surah al-Qadr. Dinyatakan juga bahawa pemerintah nabi Sulaiman dan Zulqarnain selama lima ratus bulan. Maka Tuhan jadikan amalan pada malam Lailatul Qadar (bagi mereka yang mendapatnya) lebih dari tempoh kedua pemerintahan tersebut dan lebih baik dari seribu malam amalan lelaki bani Israel itu.

Dalam tafsir Ruh al-Maani ada dinyatakan setengah ulama al-Shafie berpendapat ada beberapa malam yang istimewa iaitu malam yang paling afdal ialah malam kelahiran-kelahiran nabi Muhammas s.a.w. Kemudian diikuti dengan malam Lailatul Qadar kemudian malam Israk dan Mikraj, malam Arafah, malam Jumaat, malam Nisfu Syaaban dan kemudiannya malam raya (hlm. 194).

Mengikut Anas daripada nabi menyatakan bahawa Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada umatku (Muhammad) Lailatul Qadar dan tidak diberikan kepada umat sebelumnya.

Keistimewaan lain yang berlaku pada malam Lailatul Qadar dinyatakan dalam ayat 4 yang menjelaskan bahawa malaikat dan roh turun pada malam itu dengan keizinan Tuhan. Yang dimaksudkan dengan roh ialah malaikat Jibrail dan ini pendapat jumhur ulama. Ia disebut secara khusus kerana kemuliannya. Ada pendapat lain menyatakan nabi Isa a.s turun untuk melihat umat dan menziarahi nabi Muhammas s.a.w. Ada juga pendapat menyatakan roh-roh orang yang mukmin turun untuk menziarahi keluarga-keluarga mereka. Ada pendapat satu lagi mentafsirkan kepada Rahmat dari Allah.

Malaikat turun dari martabat mereka yang tinggi yang sebok dengan urusan Allah s.w.t untuk mengucap salam kepada orang mukmin. Oleh kerana mereka ramai, antara mereka turun secara kumpulan, ada yang turun dan ada yang naik semula. Oleh kerana kejadian mereka adalah dari nur atau cahaya maka tidaklah timbul masalah kesesakan. Para malaikat yang ramai itu pergi mengunjungi tempat kdiaman orang mukmin, kecuali rumah yang terdapat didalamnya anjing, khinzir, arak dan patung. Mereka megucup tasbih dan memohon keampunan bagi umat Muhammad s.a.w sehinggalah sampai waktu fajar barulah mereka naik semula ke langit. Melihat ini bertasbih memuji Allah s.w.t justeru syukur mereka kepada Allah yang telah melimpahkan keampunan kepada umat Muhammad s.a.w.

Pada malam tersebut Allah s.w.t telah melipatkan rahmatnya kepada seluruh orang mukmin yang masih hidup dan juga kepada yang telah mati. Betapa pemurahnya Allah kepada hambaNya.

Jika kita mengamati hadis dari Anas bin Malik yang menyatakan, barangsiapa yang menunaikan solat maghrib dan isyak berjamaah sepanjang bulan Ramadhan sesungguhnya dia telah mendapat sebahagian dari Lailatul Qadar. Bermaksud bukanlah suatu yang amat sukar untuk mendapatkan sebahagian dari malam Lailatul Qadar. Yang penting kita tidak mengabaikan mana-mana malam di bulan Ramadhan kecuali dengan melakukan ibadat dan paling minimum sembahyang berjamaah pada waktu maghrib dan isyak.

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam sehinggalah terbit fajar. Memberi erti kebaikan menyelubungi sepanjang malam Lailatul Qadar. Tentulah hampa bagi mereka yang lalai yang tidak ambil berat tentang malam Lailatul Qadar, namun ia tetap datang disetiap bulan Ramadhan.


posted by nazims @ 10:13 AM   0 comments
ANTARA TARAWIH DAN BOLA SEPAK : Yang Mana Satu Pilihan Anda
Sesungguhnya di bulan yang Ramadhan yang mulia ini kita digalakkan meningkatkan ibadah kita. Banyakkan amalan sunat, antaranya ialah bersolat Tarawih di waktu malam. Tetapi adakah kita dapat menahan dugaan dan cabaran yang mendatang. EPL( English Premier League ) yang sememangnya amat dinanti-nantikan oleh peminat seluruh tanahair, terutamanya peminat pasukan MU, Liverpool, Chelsea dan tidak lupa pasukan yang bakal menggegar..Manchester City...telah membuka tirai perlawanan beberapa minggu yang lepas. Sudah tentu aksi hebat pasukan-pasukan ini teramat sangat ingin kita saksikan. Minggu lepas 13/09/2008, perlawanan antara Liverpool dan MU berlangsung pada jam +-8.00 malam. Di manakah kita waktu itu. Adakah kita berada di Masjid atau di Surau atau di kaca TV sedang menyaksikan pasukan kesayangan kita ?..Inilah dugaan yang saya maksudkan. Pada 21/09/2008 jam 9.00 malam, juga berlangsungnya perlawanan hebat antara MU dan Chelsea...Persoalannya di manakah anda?..Yang mana lebih penting : Tarawihkah atau Bola sepak ?....bak kata Nabil...LU PIKIRLAH SENDIRI !!!
posted by nazims @ 9:41 AM   0 comments
UPSR : Anda Boleh!!!
Monday, September 8, 2008

9 September 2008 ( Selasa ) - Hari ini bermulalah perjuangan sebenar bagi murid-murid Tahun 6 di seluruh negara iaitu menghadapi peperiksaan UPSR.Tidak ketinggalan, murid-murid Tahun 6 di SKLK.Diharapkan semoga anda semua dapat menghadapinya dengan tabah.Segala usaha dan ilmu telah dicurahkan oleh para guru. Kami semua di SKLK mendoakan agar anda semua berjaya!!!!!!!!!!!!.............Amin.
posted by nazims @ 5:08 PM   0 comments
RAMADHAN AL-MUBARAK
Monday, September 1, 2008


1 September 2008 (Isnin) bersamaan 1 Ramadhan 1429H -Seluruh Ummat Islam mula berpuasa hari. Dikesempatan ini diucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh warga SKLK khususnya.Kepada anak2 ku di SKLK tingkatkan kesabaran anda. Kalau tahun lepas ada antara anda yang takpenuh puasanya, maka pada tahun ini cuba lagi.Sesungguhnya di bulan ini banyak hikmah dan nikmat. Rebutlah peluang ini sebaik mungkin.Tarawih??..ha jangan lupa ye.
Banyakkan membaca Al-Quran( Tadarrus )...OK Salam semua
posted by nazims @ 8:50 AM   0 comments
KENALI SAYA
Photobucket">

NAME:Tahran Nazim B Mohamad Tahir, PJK
HOME:Hulu Langat, Selangor, Malaysia
ABOUT ME:Dilahirkan di Kg Sg Lui Hulu Langat Selangor.Mula bersekolah di SK Lubok Kelubi, SK Sg Lui dan SK Kuala Kubu Bharu. Kemudian bersekolah menengah di SMKA Maahad Hamidiah Kajang hingga ke Tingkatan 6.Seterusnya ke Maktab Perguruan Batu Rakit K.Terengganu dalam bidang Pendidikan Islam.Mula bertugas di SK Lubok Kelubi dari tahun 1995 hingga sekarang sebagai Guru Pendidikan Islam
JAWATAN LAIN: 1.Setiausaha Kokurikulum. 2.Ketua Panitia PJPK
PENGLIBATAN LUAR: Jurulatih Utama PJPK Negeri Selangor
Photobucket
E-KAMUS
DEMI MASA
TARIKH HARI INI

Free Blog Content

TAKWIM ISLAM
TAHUKAH ANDA ??
Bahawa SKLK terletak di bawah naungan 3 JKKKP/JKKK iaitu Kampung Jawa, Kampung Padang/Lubok Kelubi dan Kg Kuala Perdik !
Previous Post
Archives
RAKAN BLOGGER
RAKAN KAUNSELOR
WEB PENDIDIKAN
WEB SEKOLAH LAIN
AKSES WEB LAIN
AKHBAR KITA
Powered by

BLOGGER

© SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK KELUBI HULU LANGAT SELANGOR Blogspot Template by Isnaini Dot Com