DAH SELAMAT POSTING - SELAMAT MENGAJAR DI SEKOLAH MASING-MASING
SINARAN BINTANG SKLK
Adik Nasriq Nazari terpilih mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan Bola Sepak Bawah 12 tahun di KB Kelantan
MUSTIKA HADITH
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu Baginda pun bersabda, "aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa lah Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar), dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." - HR Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi
MUTIARA KATA
Ukhuwwah bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir...tetapi terletak pada ingatannya terhadap saudaranya di dalam doanya ( Al-Imam Al-Ghazali )
27/3/2009 - Dalam sibuk-sibuk rakyat Malaysia menumpukan perhatian ke Persidangan UMNO Malaysia dan juga selepas ini akan sibuk pula ke Pilihanraya kecil di tiga kawasan, SKLK mencatat sejarahnya yang tersendiri hari ini.
Buat julung kalinya, SKLK telah mengadakan MINI PILIHANRAYA 2009. Pilihanraya ini bukanlah untuk memilih wakil rakyat atau ahli parlimen, tetapi untuk memilih siapakah Ketua Pengawas SKLK 2009.
Untuk makluman lanjut sila ke laman.... http://luboks.blogspot.com/
Kejohanan Bola Sepak sekolah-sekolah Zon Cheras telah diadakan selama 3 hari di SK Dusun Nanding bermula pada 24-26/3/2009.SKLK tidak ketinggalan menghantar pasukan untuk kali. Kejohanan yang melibat 16 buah sekolah rendah di sekitar zon Cheras ini menyaksikan ramai bakat-bakat kecil yang boleh di ketengahkan untuk masa hadapan.
SKLK telah menghantar 15 orang pemain yang berbakat yang terdiri daripada tahun 5 dan 6. Untuk makluman, pasukan SKLK kurang bernasib baik pada tahun ini, tidak dapat meneruskan kemaraan ke pusingan kedua. SKLK hanya mendapat 1 menang, 1 seri dan satu kalah.
Berikut adalah senaraipenuh perlawanan:
1. SKLK VS SK Sg Lui ( menang 1-0 ) 2. SKLK VS SK Cheras Jaya ( kalah 0-1 ) 3. SKLK VS SK Desa Baiduri ( Seri 1-1 )
Walaubagaimanapun, Pasukan SKLK telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam setiap perlawanan.
13/3/09 ( Jumaat ) - Hujan lebat berterusan sejak jam 5.30 am tadi telah menyebabkan air Sungai Pansun melimpah dan mengakibatkan banjir di beberapa kawasan sekitar yang berdekatan dengan SKLK kira-kira pukul 9.00 am.
Bencana alam ini jarang berlaku. SKLK juga tidak ketinggalan di landa banjir tetapi tidak sesirius tahun 1992. Hanya kawasan blok A dan B sahaja yang terlibat. Semua murid tahun satu terpaksa dipindahkan di kelas atas bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk akan berlaku.
Walaubagaimanapun, semuanya dalam keadaan terkawal.
12/3/2009 ( Khamis ) - Lama juga saya tak menulis di ruang posting ni. Sibuk sikit lah, tak sempat nak layan blog sendiri.
Hari ini saya ke SK Taman Jasmin, kerana menjadi hakim hafazan sempena Karnival Tadarus Al-Quran Zon Semenyih. Dalam perjalanan ke sana sambil mendengar radio Sinar fm, ketawa terdekah saya dibuatnya apabila ada yang terkena panggilan hangit.
Tak lama kemudian, ada pula slot pendapat pendengar berkenaan PPSMI...saya kuatkan voleum radio..apa yang saya dengar sepanjang perjalanan saya..kebanyakannnnnnnnnnnnya!!!..teruskan PPSMI.
NAME:Tahran Nazim B Mohamad Tahir, PJK HOME:Hulu Langat, Selangor, Malaysia ABOUT ME:Dilahirkan di Kg Sg Lui Hulu Langat Selangor.Mula bersekolah di SK Lubok Kelubi, SK Sg Lui dan SK Kuala Kubu Bharu. Kemudian bersekolah menengah di SMKA Maahad Hamidiah Kajang hingga ke Tingkatan 6.Seterusnya ke Maktab Perguruan Batu Rakit K.Terengganu dalam bidang Pendidikan Islam.Mula bertugas di SK Lubok Kelubi dari tahun 1995 hingga sekarang sebagai Guru Pendidikan Islam JAWATAN LAIN: 1.Setiausaha Kokurikulum. 2.Ketua Panitia PJPK PENGLIBATAN LUAR: Jurulatih Utama PJPK Negeri Selangor