http://sheikhlui.blogspot.com/ View Blog
 
Photobucket

GURU BESAR
Pn Hajjah Zuraidah Bt Hj Shaari
GPK KURIKULUM
Pn Samsiah Bt Ahmad
GPK HEM
Tn Hj Dermawijaya B Mohd Tahir
GPK KOKURIKULUM
Pn Hajjah Yahana Bt Mohd Yusoff
YDP PIBG SKLK
Photobucket
En Hasmi Bin Hamidan
CIKGU KITA
GURU PRAKTIKUM
DAH SELAMAT POSTING - SELAMAT MENGAJAR DI SEKOLAH MASING-MASING
SINARAN BINTANG SKLK
PhotobucketAdik Nasriq Nazari terpilih mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan Bola Sepak Bawah 12 tahun di KB Kelantan
MUSTIKA HADITH
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu Baginda pun bersabda, "aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa lah Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar), dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." - HR Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi
MUTIARA KATA
Ukhuwwah bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir...tetapi terletak pada ingatannya terhadap saudaranya di dalam doanya ( Al-Imam Al-Ghazali )
UPSR
Study hard ok !!!kelas tambahan jangan ponteng
SEMBANG-SEMBANG ILMU

Free chat widget @ ShoutMix
AKTIVITI SEKOLAH MINGGU INI
AKTIVITI LUAR MINGGU INI
BERSAMAMU

SELANGOR JUARA PIALA FA 2009
Sunday, April 26, 2009
Penyokong Selangor Gembira meraikan
kemenangan Red Giant
Walaupun orang Pahang Cikgu Radi & Cikgu Shaiful
turut memberi sokongan kepada pasukan RedGiant
Horeeyy..We are the champ!!!

Tahniah dan syabas kepada pasukan Selangor di atas kejayaan merangkul piala FA dengan menewaskan pasukan Kelantan ( 4-1 penentuan sepakan penalti ). Sebagai anak jati Selangor saya berbangga di atas kejayaan ini.

Diharap dengan kejayaan ini dapat membakar semangat pemain untuk merangkul pula kejuaraan liga Super dan seterusnya Piala Malaysia. Saya, cikgu Shaifull dan cikgu Radi turut turun ke Stadium bukit Jalil, menyokong habis-habisan pasukan Selangor.

Sepanjang perlawanan, saya perhatikan penyokong bolehlah saya katakan cukup berdisiplin walaupun ada segelintir penyokong melontar objek-objek yang dilarang seperti mercun dan botol air tetapi itu bolehlah dianggap tidak keterlaluan sangat.

Tahniah kepada Amri Yahyah kerana dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Penyokong selangor cemas seketika setelah ketinggalan 0-1. Walaubagaimanapun Selangor berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Amri, sehingga memaksa perlawanan ini ditentukan dengan sepakan penalti.

Bagi saya pujian harus diberikan kepada Hardi Jaafar yang menunjukkan permainan yang mantap sepanjang perlawanan.

Syabas Selangor..............WE R D CHAMPION!!!!!!


posted by nazims @ 8:46 AM   0 comments
HULU LANGAT TEMPAT KE 3
Thursday, April 23, 2009
23/4/2009 - Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Peringkat Negeri Selangor yang berakhir hari ini, telah menyaksikan kemunculan bakat-bakat muda.Pasukan Hulu Langat telah mendapat tempat ke 3 dalam kejohanan ini . Saya sempat bersama-sama cikgu Shaiful dan cikgu Radi turun ke Banting menyaksikan pasukan Hulu Langat bermain dalam kejohanan ini.

Apa yang dapat saya perhatikan dan sering tertanya-tanya sungguh banyak rupanya pemain-pemain bola sepak yang berbakat ( bintang kecil ) di Selangor ini., tu belum lagi di negeri-negeri lain.Bertanya lagi saya dalam diri saya kenapa Pasukan Negara kita amat merudum sejak kebelakangan ini. Sekejap naik sekejap jatuh. Harap FAM membuat sesuatu yang boleh membawa pasukan negara digeruni kembali oleh negara-negara lain.

Saya rasa elok rasanya FAM sering turun ke bawah ( bukan sesekali ) , ataupun intai-intai pemain-pemain ( bintang kecil ) ini. Tepuk dada tanya selera.

Apapun SKLK mengucapkan syabas kepada adik Nasriq , walaupun Hulu Langat mendapat tempat ke 3, teruskan impian anda yang ingin menjadi pemain bola sepak yang hebat.
posted by nazims @ 8:02 AM   0 comments
KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN NEGERI SELANGOR
Monday, April 20, 2009



Antara aksi Nasriq sepanjang perlawanan

20/4/2009 ( Isnin ) - Hari ini bermula kejohanan Bola Sepak bawah 12 tahun Peringkat Negeri Selangor. Pada tahun ini Kuala Langat telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi tuan rumah.

Hari ini sempat saya ke SK Sg Lang, Banting bagi menyaksikan perlawanan pertama pasukan Hulu Langat menentang tuan rumah Kuala Langat pada pukul 4.00 petang tadi. Pasukan Hulu Langat kurang bernasib baik pada perlawanan ini, apabila tewas 0-1. Walaubagaimanapun Pasukan Hulu Langat bermain dengan baik. Boleh dikatakan menguasai hampir 60 % permainan.Cuma nasib tidak menyebelahi mereka.

Wira SKLK iaitu adik Nasriq telah diletakkan dalam kesebelasan utama. Beliau bermain di posisi bek kiri.

Esok, mereka akan bertemu pula dengan pasukan Sepang. Kita doakan mereka berjaya.
posted by nazims @ 8:07 AM   0 comments
SAMBUTAN MAULIDURRASUL
Sunday, April 12, 2009
Nak jadi murid/insan yang cemerlang,mesti
jadikan Rasulullah contoh
Semua murid terpegun dan tertarik
mendengar ceramah Ustaz Wan

Panitia Agama Islam SKLK telah menganjurkan sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah. Antara acara yang dijalankan ialah pertandingan nasyid dan solawat antara kelas, pertandingan kuiz pertandingan dan pertandingan hafazan.

Semua Pertandingan dijalankan pada hari Jumaat ( 10/4/2009) dan pada hari Sabtu ( 11/4/2009 ) diadakan pula ceramah Mulidurrasul. Pada tahun ini, PAI telah menjemput Ustaz Wan Mohd Noh b Wan Hamat ( SMAP Kajang ).
posted by nazims @ 1:48 AM   0 comments
KENALI SAYA
Photobucket">

NAME:Tahran Nazim B Mohamad Tahir, PJK
HOME:Hulu Langat, Selangor, Malaysia
ABOUT ME:Dilahirkan di Kg Sg Lui Hulu Langat Selangor.Mula bersekolah di SK Lubok Kelubi, SK Sg Lui dan SK Kuala Kubu Bharu. Kemudian bersekolah menengah di SMKA Maahad Hamidiah Kajang hingga ke Tingkatan 6.Seterusnya ke Maktab Perguruan Batu Rakit K.Terengganu dalam bidang Pendidikan Islam.Mula bertugas di SK Lubok Kelubi dari tahun 1995 hingga sekarang sebagai Guru Pendidikan Islam
JAWATAN LAIN: 1.Setiausaha Kokurikulum. 2.Ketua Panitia PJPK
PENGLIBATAN LUAR: Jurulatih Utama PJPK Negeri Selangor
Photobucket
E-KAMUS
DEMI MASA
TARIKH HARI INI

Free Blog Content

TAKWIM ISLAM
TAHUKAH ANDA ??
Bahawa SKLK terletak di bawah naungan 3 JKKKP/JKKK iaitu Kampung Jawa, Kampung Padang/Lubok Kelubi dan Kg Kuala Perdik !
Previous Post
Archives
RAKAN BLOGGER
RAKAN KAUNSELOR
WEB PENDIDIKAN
WEB SEKOLAH LAIN
AKSES WEB LAIN
AKHBAR KITA
Powered by

BLOGGER

© SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK KELUBI HULU LANGAT SELANGOR Blogspot Template by Isnaini Dot Com