


19 OGOS 2008 ( Selasa ) - Alhamdulillah sempat juga hari ini saya pergi melawat pameran MAHA 08. Memang menyeronokkan.Tahun lepas tak dapat pergi. Dikesempatan musim cuti sekolah ini, diharapkan para ibubapa dapat membawa anak2 ke pameran tersebut. Banyak perkara yang boleh diperolehi di sana. Kawasan pameran memang sangat luas dan susah untuk kita menghabiskan lawatan ke semua tempat dalam masa satu hari. Saya hanya dapat mengunjungi kawasan sekitar Dewan ABC & D sahaja, lain2 kawasan tahun depan kot. Rupa-rupanya banyak produk yang masih belum kita ketahui, terutama herba2 dan produk makanan keluaran syarikat tertentu di seluruh negara. Apapun memang penat jika berjalan tapi jangan risau ada train disediakan untuk pengunjung bergerak dari satu tempat ke satu tempat...Ayuh anak2 SKLK jom kita ke sana..ajak ibu bapa anda. |
MAHA 2008 memang BEST! saya kasi 5 bintang..huhuh