http://sheikhlui.blogspot.com/ View Blog
 
Photobucket

GURU BESAR
Pn Hajjah Zuraidah Bt Hj Shaari
GPK KURIKULUM
Pn Samsiah Bt Ahmad
GPK HEM
Tn Hj Dermawijaya B Mohd Tahir
GPK KOKURIKULUM
Pn Hajjah Yahana Bt Mohd Yusoff
YDP PIBG SKLK
Photobucket
En Hasmi Bin Hamidan
CIKGU KITA
GURU PRAKTIKUM
DAH SELAMAT POSTING - SELAMAT MENGAJAR DI SEKOLAH MASING-MASING
SINARAN BINTANG SKLK
PhotobucketAdik Nasriq Nazari terpilih mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan Bola Sepak Bawah 12 tahun di KB Kelantan
MUSTIKA HADITH
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu Baginda pun bersabda, "aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa lah Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar), dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." - HR Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi
MUTIARA KATA
Ukhuwwah bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir...tetapi terletak pada ingatannya terhadap saudaranya di dalam doanya ( Al-Imam Al-Ghazali )
UPSR
Study hard ok !!!kelas tambahan jangan ponteng
SEMBANG-SEMBANG ILMU

Free chat widget @ ShoutMix
AKTIVITI SEKOLAH MINGGU INI
AKTIVITI LUAR MINGGU INI
BERSAMAMU

BULI SATU JENAYAH BERAT DI SEKOLAH
Sunday, July 6, 2008


Buli
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.Siapakah yang sering membuli dan dibuli ?


Pembuli
Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam.
Bertubuh besar, tegap dan tinggi.
Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
Kejayaan membuli pelajar junior untuk menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.

Dibuli
Pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah.

Kenapa mereka sering membuli
Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
Mereka pernah menjadi mangsa buli.
Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperaktif atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah displin.
Akibat masalah keluarga.
Sekadar mahu seronok.
Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
Iri hati pada mangsa atas sebab disayangi guru atau cemerlang dalam pelajaran.

Jenis-jenis Buli
1. Buli fizikal
Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.
Paling ganas boleh menyebabkan kematian
2. Buli mental
Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.
Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah .

Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli
1. Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang sering berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli.
2. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.
3. Tindakan displin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
4. Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru displin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
5. Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) sekolah.
6. Selain itu guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.

posted by nazims @ 7:20 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
KENALI SAYA
Photobucket">

NAME:Tahran Nazim B Mohamad Tahir, PJK
HOME:Hulu Langat, Selangor, Malaysia
ABOUT ME:Dilahirkan di Kg Sg Lui Hulu Langat Selangor.Mula bersekolah di SK Lubok Kelubi, SK Sg Lui dan SK Kuala Kubu Bharu. Kemudian bersekolah menengah di SMKA Maahad Hamidiah Kajang hingga ke Tingkatan 6.Seterusnya ke Maktab Perguruan Batu Rakit K.Terengganu dalam bidang Pendidikan Islam.Mula bertugas di SK Lubok Kelubi dari tahun 1995 hingga sekarang sebagai Guru Pendidikan Islam
JAWATAN LAIN: 1.Setiausaha Kokurikulum. 2.Ketua Panitia PJPK
PENGLIBATAN LUAR: Jurulatih Utama PJPK Negeri Selangor
Photobucket
E-KAMUS
DEMI MASA
TARIKH HARI INI

Free Blog Content

TAKWIM ISLAM
TAHUKAH ANDA ??
Bahawa SKLK terletak di bawah naungan 3 JKKKP/JKKK iaitu Kampung Jawa, Kampung Padang/Lubok Kelubi dan Kg Kuala Perdik !
Previous Post
Archives
RAKAN BLOGGER
RAKAN KAUNSELOR
WEB PENDIDIKAN
WEB SEKOLAH LAIN
AKSES WEB LAIN
AKHBAR KITA
Powered by

BLOGGER

© SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK KELUBI HULU LANGAT SELANGOR Blogspot Template by Isnaini Dot Com