




04 & 05 JULAI 2008 - Kem Wawasan Gemilang SK Lubok Kelubi Hulu Langat berjaya diadakan selama 2 hari, bermula 3.00 petang ( Jumaat ) dan berakhir 12.30 tengahari ( Sabtu ). Alhamdulillah, Kem yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling ini berjalan dengan lancar dan teratur. Terima kasih diucapkan kepada Guru2 yang terlibat sebagai fasilitator dan tidak lupa kepada penceramah undangan Pn Norhazimah bt Mohd Nor ( Kaunselor SKTAAM ) yang telah memberi ceramah yang berkesan kepada anak2 SKLK. Sepanjang perkhemahan ini apa yang saya lihat ialah komitmen anak2 yang cukup tinggi bagi menjalankan semua aktiviti.Walaupun mereka lemah dalam mata pelajaran dan mempunyai sedikit masalah disiplin, sebenarnya mereka boleh dibimbing dan harus diberi perhatian yang menyeluruh dari masa ke semasa.Diharap mereka ini dapat berubah dan berusaha menjadi insan yang cemerlang dari segi rohani dan jasmani. |