




  26 JULAI 2008 ( Sabtu ) - Hari Keusahawanan berjaya diadakan seperti yang di rancang. Secara umumnya aktiviti ini berjaya menarik pengunjung terutama di kalangan anak-anak SKLK serta para ibu bapa. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada seluruh ibu bapa kerana memberi sokongan sepenuhnya dalam menjayakan aktiviti ini antara gerai yang menarik perhatian ialah gerai burger yang dikelola oleh saya sendiri Cikgu Saiful, Cikgu Radi, Cikgu Kamarul dan Ustaz Hafiz.Program pada hari itu juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Tuan Ismail Sani (ADUN Dusun Tua ) selaku Penaung program serta isteri Pn Normala Mansur.Beberapa agensi kerajaan dan swasta juga turut mengambil peluang mengadakan pameran dan mempromosi agensi mereka seperti : AADK Hulu Langat, Pusat Kesihatan Hulu Langat, PGA, Takaful dan PDRM.Walaubagaimanapun yang paling menarik perhatian pengunjung pada hari itu ialah Rumah Hantu.Program yang bermula pukul 8 pagi itu berakhir dengan penuh keletihan dan kepeluhan pada pukul 4 petang. |