DAH SELAMAT POSTING - SELAMAT MENGAJAR DI SEKOLAH MASING-MASING
SINARAN BINTANG SKLK
Adik Nasriq Nazari terpilih mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan Bola Sepak Bawah 12 tahun di KB Kelantan
MUSTIKA HADITH
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu Baginda pun bersabda, "aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa lah Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar), dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." - HR Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi
MUTIARA KATA
Ukhuwwah bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir...tetapi terletak pada ingatannya terhadap saudaranya di dalam doanya ( Al-Imam Al-Ghazali )
Ahad, 16 November 2008 - Kelab Guru dan Kakitangan SKLK telah mengadakan Hari Keluarga bertempat di Pusat Boling Mines. Bagi memeriahkan suasana, pertandingan boling telah diadakan.Seronok juga melihat kerenah guru SKLK bermain boling.Ada juga yang pertama kali menyentuh bola boling.
NAME:Tahran Nazim B Mohamad Tahir, PJK HOME:Hulu Langat, Selangor, Malaysia ABOUT ME:Dilahirkan di Kg Sg Lui Hulu Langat Selangor.Mula bersekolah di SK Lubok Kelubi, SK Sg Lui dan SK Kuala Kubu Bharu. Kemudian bersekolah menengah di SMKA Maahad Hamidiah Kajang hingga ke Tingkatan 6.Seterusnya ke Maktab Perguruan Batu Rakit K.Terengganu dalam bidang Pendidikan Islam.Mula bertugas di SK Lubok Kelubi dari tahun 1995 hingga sekarang sebagai Guru Pendidikan Islam JAWATAN LAIN: 1.Setiausaha Kokurikulum. 2.Ketua Panitia PJPK PENGLIBATAN LUAR: Jurulatih Utama PJPK Negeri Selangor