Selesai taklimat....'ngap' dulu...baru balik Sesi perbincangan bersama Pn Harison ( Penyelia PJPK ) Taklimat oleh Pn Raja Aziah bt Raja Adnan( PP Unit Kajian Kemasyarakatan )22/6/2009 - Hari ini saya mengadiri satu mesyuarat JU PJPK, khusus membincangkan perancangan bagi memantapkan dan memperkasa MP PJPK di Negeri Selangor. Pihak JPNSEL di bawah Unit Kajian Kemasyarakatan dengan di bantu oleh para JU akan membuat 'roadshow' ke setiap daerah ,menyahut saranan Tuan Pengarah Pelajaran agar mata pelajaran PJPK diajar dengan bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluan perkembangan pembentukan sahsiah dan sikap murid bagi membentuk masyarakat Malaysia yang cergas, sejahtera dan produktif. Pn Raja Aziah bt Raja Adnan selaku PP Unit Kajian Kemasyarakatan ( dahulunya Unit B.Inggeris ) memaklumkan bahawa pihak JPNSEL akan turun memantau sekurang-kurangnya 4 kali dalam sebulan ke setiap sekolah bagi mempastikan P & p PJPK dijalankan sebaik mungkin di setiap sekolah seluruh Selangor.Kemungkinan 'roadshow' ini akan dijalankan pada bulan Julai ini. Antara modul yang disampaikan akan dimaklumkan kelak. PakSheikh : Kepada Guru-guru PJPK - bersedialah untuk dipantau
|