http://sheikhlui.blogspot.com/ View Blog
 
Photobucket

GURU BESAR
Pn Hajjah Zuraidah Bt Hj Shaari
GPK KURIKULUM
Pn Samsiah Bt Ahmad
GPK HEM
Tn Hj Dermawijaya B Mohd Tahir
GPK KOKURIKULUM
Pn Hajjah Yahana Bt Mohd Yusoff
YDP PIBG SKLK
Photobucket
En Hasmi Bin Hamidan
CIKGU KITA
GURU PRAKTIKUM
DAH SELAMAT POSTING - SELAMAT MENGAJAR DI SEKOLAH MASING-MASING
SINARAN BINTANG SKLK
PhotobucketAdik Nasriq Nazari terpilih mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan Bola Sepak Bawah 12 tahun di KB Kelantan
MUSTIKA HADITH
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu Baginda pun bersabda, "aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa lah Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar), dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." - HR Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi
MUTIARA KATA
Ukhuwwah bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir...tetapi terletak pada ingatannya terhadap saudaranya di dalam doanya ( Al-Imam Al-Ghazali )
UPSR
Study hard ok !!!kelas tambahan jangan ponteng
SEMBANG-SEMBANG ILMU

Free chat widget @ ShoutMix
AKTIVITI SEKOLAH MINGGU INI
AKTIVITI LUAR MINGGU INI
BERSAMAMU

WAJIB LULUS BAHASA INGGERIS
Friday, June 12, 2009
Cadangan Kementerian Pelajaran menjadikan BI sebagai syarat lulus dalam peperiksaan SPM adalah langkah yang tepat, bernas, munasabah dan memang sudah sampai masanya kerajaan berbuat demikian.

Bagaimana dengan pandangan anda ? Saya amat bersetuju sekali kerana beberapa sebab :

1. Teknologi Pendidikan sekarang ini sudah semakin berkembang pesat. Murid bukan sahaja belajar dengan guru tetapi boleh belajar dengan apa sahaja di depan mata mereka etc: Komputer, internet, Software yang berlambak di pasaran, bahan cetak dan sebagainya.

2. Kemahiran Guru sudah dipertingkat. Percayalah, ramai guru BI yang berkemahiran tinggi ditempatkan di sekolah-sekolah, wa i ma di sekolah luar bandar.Cuma persepsi orang tertentu yang mengatakan bahawa guru sekarang ini tidak bagus.

3. Bodoh sangatkah anak-anak kita ? Sehingga ada sesetengah tidak mahu BI ini diwajibkan.Tidak mahukah kita berbangga anak kita mahir beberapa bahasa selain BM, bahasa minang, Jawa, Ganu, Kelate, Krinci...

4. BI pun bukan susah sangat. Alhamdulillah berkat ajaran guru BI saya dulu, BI saya lulus dalam SPM ( masa belum diwajibkan lulus ), sehingga sekarang ini saya berani berbahasa Inggeris dan tidak kekok untuk bertutur Bahasa tersebut jika ada pelancung bertanya saya arah ke sesuatu tempat dalam BI. Salah dua tiga perkataan tu biasalah, sebab yang penting saya faham apa yang saya pertuturkan dan pelancung tersebut juga faham.Jika dulu, Kementerian Pelajaran mewajibkan BI lulus SPM, entahlah...kemungkinan saya bukan GPI kot..mungkin anak murid saya panggil saya Sir.

5. Tidak dapat dinafikan lagi, Bahasa Inggeris adalah bahasa perantara di dunia ini. Bahasa Melayu pun begitu juga pernah menjadi satu Bahasa yang penting di Zaman Melaka sebagai sebuah Pusat Perdagangan yang penting di dunia ketika itu. Banyak buku sains dan matematik dalam BI yang masih belum diterjemah sepenuhya. Untuk menterjemah buku tersebut juga perlu penguasaan BI yang tinggi. Sebab itu Kementerian melaksanakan PPSMI ( sekarang ini, dikaji semula ).

6. Menuntut ilmu itu adalah satu cabaran.Jika diwajibkan, ini adalah satu cabaran bagi pelajar. Tidak boleh lagi belajar BI sambil lewa. Ramai pelajar di Luar bandar yang lulus dengan baik sebelum ini, walaupun tidak diwajibkan. etc: Nik Nor Madihah....anak nelayan yang lulus cemerlang dalam SPM, termasuk BI. Apa yang beliau study, bagaimana beliau mengisi masa
lapang....selidik pula bagaimana anak kita Study dan mengisi masa lapang..buangkan amalan : dia bolehla, kita lain dia lain ( penyakit hati orang kita ).

Ini pandangan saya...bagaimana dengan anda...jika ada pandangan sila ke ruang komen.



Pak Sheikh - Selesaikan dulu isu PPSMI. Adalah amat baik jika Kementerian menjadikan Pendidikan Islam syarat wajib lulus UPSR, PMR, SPM.


posted by nazims @ 5:43 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
KENALI SAYA
Photobucket">

NAME:Tahran Nazim B Mohamad Tahir, PJK
HOME:Hulu Langat, Selangor, Malaysia
ABOUT ME:Dilahirkan di Kg Sg Lui Hulu Langat Selangor.Mula bersekolah di SK Lubok Kelubi, SK Sg Lui dan SK Kuala Kubu Bharu. Kemudian bersekolah menengah di SMKA Maahad Hamidiah Kajang hingga ke Tingkatan 6.Seterusnya ke Maktab Perguruan Batu Rakit K.Terengganu dalam bidang Pendidikan Islam.Mula bertugas di SK Lubok Kelubi dari tahun 1995 hingga sekarang sebagai Guru Pendidikan Islam
JAWATAN LAIN: 1.Setiausaha Kokurikulum. 2.Ketua Panitia PJPK
PENGLIBATAN LUAR: Jurulatih Utama PJPK Negeri Selangor
Photobucket
E-KAMUS
DEMI MASA
TARIKH HARI INI

Free Blog Content

TAKWIM ISLAM
TAHUKAH ANDA ??
Bahawa SKLK terletak di bawah naungan 3 JKKKP/JKKK iaitu Kampung Jawa, Kampung Padang/Lubok Kelubi dan Kg Kuala Perdik !
Previous Post
Archives
RAKAN BLOGGER
RAKAN KAUNSELOR
WEB PENDIDIKAN
WEB SEKOLAH LAIN
AKSES WEB LAIN
AKHBAR KITA
Powered by

BLOGGER

© SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK KELUBI HULU LANGAT SELANGOR Blogspot Template by Isnaini Dot Com